Membuat tuntutan

Kami sentiasa ada untuk meringankan beban anda. Biar kami bantu untuk memastikan anda melalui proses tuntutan yang cepat dan bebas tekanan. Ikuti 3 langkah mudah berikut:

Langkah 1

Muat turun dan lengkapkan borang berikut

Langkah 2

Klik pada produk di mana tuntutan ingin dibuat untuk melihat senarai dokumen-dokumen yang perlu anda perolehi dan hantar

ezSihat

Kematian

  • Laporan Polis
  • Sijil Kematian
  • Laporan Bedah Siasat
  • Salinan Sijil Insurans
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu (hanya untuk kemalangan kenderaan motor sahaja)

Bukan Kematian

  • Laporan Perubatan
  • Laporan Polis
  • Salinan Sijil Insurans
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Cuti Sakit
  • Lesen Memandu yang Sah (hanya untuk kemalangan kenderaan motor sahaja)
  • Salinan Surat Keluar Hospital
  • Bil asal hospital (hanya untuk Tunai Kecemasan)

Nota: Untuk tuntutan kemalangan trafik, pelanggan harus mematuhi undang-undang trafik Malaysia sewaktu kejadian kemalangan. Untuk tuntutan sijil cuti sakit, pelanggan haruslah mempunyai cuti sakit selama 28 hari berturut turut

ezSmartPro

Trafik

  • Laporan Perubatan
  • Laporan Polis
  • Laporan Bedah Siasat
  • Salinan Sijil Insurans
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu (hanya untuk kemalangan kenderaan motor sahaja)
  • Bil asal hospital (hanya untuk Pembedahan Utama & Tunai Kecemasan Pesakit Luar)

Bukan Trafik

  • Laporan Perubatan
  • Laporan Bedah Siasat
  • Salinan Sijil Insurans
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu (hanya untuk kemalangan kenderaan motor sahaja)
  • Bil asal hospital (hanya untuk Pembedahan Utama & Tunai Kecemasan Pesakit Luar)

Nota: Untuk layak membuat tuntutan, pelanggan mestilah dimasukkan ke wad hospital sekurang-kurangnya 24 jam dalam tempoh 48 jam kejadian kemalangan. Untuk tuntutan kemalangan trafik, pelanggan harus mematuhi undang-undang trafik Malaysia sewaktu kejadian kemalangan. Untuk elaun tambahan akibat kemalangan motosikal, pelanggan hendaklah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

Langkah 3

Hantarkan dokumen-dokumen tuntutan anda (dari Langkah 1 & 2) melalui pos atau serahan tangan kepada kami

Pacific & Orient Insurance Co. Berhad (12557-W) 11th Floor Wisma Bumi Raya, No. 10, Jalan Raja Laut, P.O. Box 10953, 50730 Kuala Lumpur, Malaysia Call Centre: 03-2698 5033